Jata Bendera dan jata Johor

Jata Johor Darul Ta'zim

Susun atur dan reka bentuk jata negeri Johor Darul Ta'zim telah direka oleh Leftenan Kolonel Haji Musa bin Yusof apabila diarahkan Sultan Sir Abu Bakar untuk mereka satu lambang untuk negeri itu dan beliau dikatakan mengambil inspirasi daripada jata negara United Kingdom. Jata negeri telah diubah beberapa kali dan yang terakhir pada Kemahktotaan Sultan Ibrahim pada tahun 2015.

Ketopong

Ketopong (merujuk kepada mahkota) melambangkan kedaulatan di mana ia merujuk kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan yang memerintah negeri Johor. Bulan sabit dan bintang berbucu lima menghiasi mahkota itu dan ia diwarnai dengan warna kuning dan biru. Ramai yang tidak tahu, bahawa Johor merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menggunakan mahkota setelah diinspirasikan daripada mahkota British.

Fail:6bca62dabffb567b8d747aaa11200594--september--jobs.jpgJata yang digunakan semasa Zaman Sultan Abu Bakar sehingga Sultan Iskandar. Lambang yang mula digunakan pada zaman Sultan Iskandar.Ia agak berbeza dengan versi kini.

Perisai

Perisai jata ini terdiri daripada garis rangka "Inggeris" berwarna putih dan di setiap sudut terdapat empat bintang kecil serta satu bintang besar dan bulan di tengah perisai. Kelima-lima bintang tersebut berbucu lima dan berwarna kuning (termasuk warna bulan). Bintang-bintang kecil membawa maksud empat jajahan besar yang asal bagi Johor iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.[5] Bulan sabit dan bintang besar pula sebagai tanda agama Islam sebagai agama rasmi negeri.[2][3][6]

Penyokong

Penyokong yang memegang perisai pada jata menampilkan dua ekor harimau yang pernah wujud di Johor iaitu Dengkis (sebelah kanan) dan Tepok (sebelah kiri).[3]Harimau ini dikatakan masih ada di Johor.

Pangsa dan cogan kata

Pangsa berwarna kuning yang berada di bahagian bawah perisai dan penyokong menggambarkan kepada tanaman gambir dan lada hitam iaitu dua jenis hasil pertanian utama bagi negeri ini.